Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 14 June 2012

Neelofa Tuntut Anzalna Beri Penjelasan

PETALING JAYA – Pelakon Noor Neelofa Mohd. Noor memberi tempoh seminggu kepada Nur Anzalna Md. Nasir untuk memberikan penjelasan berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dilemparkan terhadapnya menerusi laporan sebuah akhbar pada Ahad lalu.
Neelofa, 23, menyatakan, Anzalna, 24, dalam laporan akhbar itu telah menuduhnya memburuk-burukkan pelakon drama bersiri Indera Joned itu sewaktu mereka sama-sama bersaing dalam pertandingan Dewi Remaja 2010/2011 dua tahun lalu.
Dalam laporan itu, Anzalna antara lain mendakwa, Neelofa telah menghina keluarganya dengan perkataan tidak elok melalui laman sosial Facebook.
“Ingin saya tegaskan bahawa segala kenyataan dan tuduhan yang telah dilemparkan oleh Anzalna dalam akhbar itu 100 peratus tidak benar dan sudah tentu ia boleh menjejaskan kredibiliti saya sebagai seorang pelakon.
“Jadi saya telah melantik dua orang peguam, Ahmad Hidayat Md. Noor dan Mohd. Irwan Mohd. Mubarak untuk mengendalikan kes ini dan satu notis tuntutan telah dihantar kepadanya,” kata Neelofa yang dikenali menerusi filem Azura 2012 pada sidang akhbar di sini semalam.

0 comments:

Post a Comment