Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 31 May 2012

Tomok Dapat ‘Baby Boy’

Tiada kata yang dapat penulis ucapkan melainkan tahniah kepada penyanyi dan pelakon lelaki negara, Tomok dan isterinya, Ayu yang baru sahaja selamat menerima kehadiran cahaya mata lelaki pada petang semalam. Ayu selamat melahirkan bayi lelakinya sekitar jam 6.03 petang dengan berat bayinya 3.33 kilogram. Tomok yang kini juga menyertai pertandingan memasak dalam rancangan Masterchef Selebriti yang ditayangkan di saluran Astro melahirkan rasa syukur kerana pemberian rezeki yang tidak ternilai dari Allah S.W.T. Penyanyi itu turut berkongsi kegembiraannya kepada para peminat dengan menghebahkan berita gembira itu di laman sosial Twitternya dan juga profil Instagramnya. “baby boy…berat 3.33kg..lahir pada 29/5/2012…terima kasih ya Allah! :’) :’)” tulis Tomok. admin ucapkan semoga kelahiran anak ini tomok menjadi ayah yang soleh dan terbaik .. Sekali lagi, tahniah buat Tomok dan Ayu atas kelahiran bayi sulung mereka. Alhamdulillah!

Wednesday 30 May 2012

Mutiara Kata

Assalamualaikum..

Bismillah..Ilmu adalah cahaya dan hati adalah bekas yang kosong bersinar-sinar. Mana mungkin Ilmu bertakung dalam bekas yang kotor. Ilmu ada di mana- mana tapi ilmu akan singgah pada orang bersungguh dan ikhlas selagi mana dia tunduk malu pada Allah swt. Jika tidak ilmu kembali lari sedangkan dia masih bodoh tetapi riak dan ujub kelemasan dalam hidupnya merasakan diri pandai segalanya. Makin banyak belajar makin banyak tak tahu dan diri mudah berasa malu. Ikut resam padi makin berisi makin menunduk. Senyum selalu baiki hati dan baiki amal.

Tony Blair diserang ketika siasatan skandal godam telefon

Pengawal keselamatan mengheret keluar penyerang Blair ketika sidang penghakiman. LONDON – Sesi siasatan lanjut skandal penggodaman telefon membabitkan akhbar News of the World di bawah empayar media, Rupert Murdoch diganggu seorang penunjuk perasaan yang menggelar bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair sebagai penjenayah perang. Sidang penghakiman, diketuai Hakim Brian Leveson terhenti seketika apabila individu berkenaan secara tiba-tiba masuk dan menghamburkan kata-kata kasar kepada bekas ketua negara Britain itu. Bagaimanapun, Blair yang juga bapa angkat kepada salah seorang anak Murdoch, hanya bertenang sehingga sesi siasatan berakhir. Semasa siasatan, Blair mengakui hubungan di antara ahli politik dan media tidak dapat dielakkan, tetapi akan menjadi tidak sihat jika kumpulan media itu cuba mengguna akhbar sebagai medium kekuasaan politik.

Dari Tikus, Bertukar Jadi Daging ‘Ayam’

Nak tengok betapa ‘hebatnya’ dari seekor tikus boleh ‘ditukarkan’ kepada daging ayam? Jangan panik! Di sini, penulis hanyalah ingin membuka mata pembaca-pembaca bahawa di negara-negara luar, kadang-kadang kita mungkin terpedaya dengan cara makanan yang dijual atau dihidangkan di negara mereka. Di China misalnya, penduduk-penduduk di sana ‘begitu bijak’ menukarkan seekor tikus menjadi daging ayam yang begitu lazat! Pada peringkat awal untuk ‘menukarkan’ hidangan tikus kepada ayam, mereka akan membakar tikus terlebih dahulu. Kemudian, daging tikus itu diperap untuk seketika sebelum digoreng. Selepas cukup masa, daging tikus digoreng dan hasilnya menampakkan seperti seketul peha daging ayam yang begitu lazat! Malah, kalau dinikmati peha daging ‘ayam’ itu, mungkin anda akan percaya kerana ketulan daging tikus itu sama dan mempunyai lemak-lemak seperti peha ayam. Jadi, nasihat penulis, berhati-hati sekiranya anda pergi bercuti ke luar negara dan pastikan memilih kedai-kedai makanan dengan betul dan terjamin halalnya.