Wednesday, 30 May 2012
Tony Blair diserang ketika siasatan skandal godam telefon
Pengawal keselamatan mengheret keluar penyerang Blair
ketika sidang penghakiman.
LONDON – Sesi siasatan lanjut skandal penggodaman telefon membabitkan akhbar News of the World di bawah empayar media, Rupert Murdoch diganggu seorang penunjuk perasaan yang menggelar bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair sebagai penjenayah perang.
Sidang penghakiman, diketuai Hakim Brian Leveson terhenti seketika apabila individu berkenaan secara tiba-tiba masuk dan menghamburkan kata-kata kasar kepada bekas ketua negara Britain itu.
Bagaimanapun, Blair yang juga bapa angkat kepada salah seorang anak Murdoch, hanya bertenang sehingga sesi siasatan berakhir.
Semasa siasatan, Blair mengakui hubungan di antara ahli politik dan media tidak dapat dielakkan, tetapi akan menjadi tidak sihat jika kumpulan media itu cuba mengguna akhbar sebagai medium kekuasaan politik.
Labels:
Informasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment