Friday, 15 June 2012
KELEBIHAN AYAT KURSI
Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”
Daripada Pesan Guruku:
Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah swt maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan ,jin dan manusia seperti :
dikenakan sihir antaranya ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan(sakit santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan
terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol ,kecurian mahu kena pembuli jalanan.
dijauhkan dari fitnah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya. Semua perlindungan ini adalah datangnya dari Allah S.W.T atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah swt dan RasulNya Nabi Muhammad saw. Bagi kaum lelaki jangan lupa selepas selesai solat jumaat duduklah sebentar untuk melakukan amalan membaca 7 kali ayat Kursi ini dan 7 kali bagi setiap 3 Qul. Hikmah kelebihanNya banyak bagi mereka yang mengamalkan, insyaAllah..
Thursday, 14 June 2012
Abang Kahwin Adik Sendiri
ULU BARAM: Mungkin pelik bagi kita, tetapi satu kumpulan suku kaum Penan di sebuah perkampungan di sini masih mengamalkan perkahwinan sesama ahli keluarga, termasuk anak dengan ibu, bapa atau sesama saudara kandung.
Siasatan dan tinjauan Metro Ahad mendapati, kira-kira 15 keluarga yang mendiami kawasan itu secara berpindah-randah walaupun disediakan rumah panjang, mempunyai pertalian darah, malah 10 pasangan berkahwin dengan darah daging sendiri.
Ia dipercayai menjadi antara faktor kebanyakan remaja dan kanak-kanak di situ tidak memiliki kad pengenalan kerana mereka biasanya tidak mendaftarkan kelahiran hasil perkahwinan cacamarba itu, selain tidak sempat ke klinik.
Bagi masyarakat tempatan, terutama pada zaman dulu, ia perkara biasa kerana mereka yang hidup nomad dalam jumlah kecil tidak banyak pilihan untuk mencari pasangan hidup, namun ia janggal bagi masyarakat luar.
Walaupun perkahwinan sesama mahram, termasuk antara dua beranak, semakin terhakis selepas mereka mula mendiami rumah panjang, komuniti yang mendiami kediaman itu sebenarnya masih adik-beradik.
Siasatan dan tinjauan Metro Ahad mendapati, kira-kira 15 keluarga yang mendiami kawasan itu secara berpindah-randah walaupun disediakan rumah panjang, mempunyai pertalian darah, malah 10 pasangan berkahwin dengan darah daging sendiri.
Ia dipercayai menjadi antara faktor kebanyakan remaja dan kanak-kanak di situ tidak memiliki kad pengenalan kerana mereka biasanya tidak mendaftarkan kelahiran hasil perkahwinan cacamarba itu, selain tidak sempat ke klinik.
Bagi masyarakat tempatan, terutama pada zaman dulu, ia perkara biasa kerana mereka yang hidup nomad dalam jumlah kecil tidak banyak pilihan untuk mencari pasangan hidup, namun ia janggal bagi masyarakat luar.
Walaupun perkahwinan sesama mahram, termasuk antara dua beranak, semakin terhakis selepas mereka mula mendiami rumah panjang, komuniti yang mendiami kediaman itu sebenarnya masih adik-beradik.
7 Cara Kempiskan Perut Buncit
1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Selamat mencuba!
6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim
gambar hiasan
1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..
2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…
3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..
5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..
6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA…….
Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan
Gambar hiasan: Setiap wanita mempunyai gaya berjalan yang tersendiri. (sumber: Google)
1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.
Anak Dara Serahkan Mahkota Kesucian Diri
Bagaimana jika hampir 80,000 orang wanita yang masih dara berbaris
sambil menari dan sanggup menyerahkan mahkota diri mereka kepada anda?
gambar hiasan
Mahu pengsan sekejap silap hari.
Inilah yang terjadi di Swaziland, salah sebuah wilayah berautonomi di Afrika Selatan.
Setiap tahun, puluhan ribu anak gadis serta wanita yang belum berkahwin dan masih dara sanggup datang dari pelusuk kampung untuk menyertai upacara tarian Reed, atau juga dipanggil ‘Umhlanga’.
Gadis-gadis yang menyertai majlis itu akan memakai skirt pendek bermanik, barang kemas dan aksesori berwarna warni serta kelihatan seksi.
Menjadi tarikan kepada majlis ini apabila persembahan separuh bogel dipersembahkan di hadapan Raja Mswati III iaitu pemerintah Swaziland.
Upacara yang berlangsung sekitar akhir Ogos atau awal September setiap tahun itu adalah bertujuan untuk memberi penghormatan kepada ‘Queen Mother’ mengikut kepercayaan mereka.
Selain itu, majlis ritual itu dianjurkan dengan objektif lain adalah untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat Swaziland.
Namun, objektif terpenting puluhan ribu anak gadis masih suci berkenaan menari separuh bogel di padang yang luas adalah untuk menarik perhatian raja mereka.
Andai terpilih sebagai isteri, maka itu akan menjadi jalan keluar dari kemiskinan kepada mereka.
Dalam erti kata sebenar, majlis itu sebenarnya menjadi medium untuk pemilihan isteri kepada Raja Mswati III.
Baginda akan melihat setiap seorang gadis yang membuat persembahan dan akan memilih sesiapa sahaja yang diminati baginda untuk dijadikan isteri.
Kini, Raja Mswati III dipercayai mempunyai lebih dari 14 isteri, dan jumlah itu tidak termasuk gundik-gundiknya.
Sikap beliau itu berbeza dengan peraturan yang ditetapkan beliau sendiri di negara berkenaan di mana seorang lelaki hanya dibenarkan mengahwini paling ramai dua orang wanita sahaja.
Mengikut rekod, Raja Mswati III adalah antara raja terakhir yang mengamalkan sistem pemerintahan monarki di Benua Afrika, mengamalkan cara hidup yang mewah, berpoligami walaupun undang-undang Swaziland menetapkan hanya dua isteri sahaja.
Selain itu, Swaziland merupakan antara negara termiskin di dunia akibat dari penyelewengan kewangan yang didakwa banyak pihak dilakukan oleh Raja Mswati III.
gambar hiasan
Mahu pengsan sekejap silap hari.
Inilah yang terjadi di Swaziland, salah sebuah wilayah berautonomi di Afrika Selatan.
Setiap tahun, puluhan ribu anak gadis serta wanita yang belum berkahwin dan masih dara sanggup datang dari pelusuk kampung untuk menyertai upacara tarian Reed, atau juga dipanggil ‘Umhlanga’.
Gadis-gadis yang menyertai majlis itu akan memakai skirt pendek bermanik, barang kemas dan aksesori berwarna warni serta kelihatan seksi.
Menjadi tarikan kepada majlis ini apabila persembahan separuh bogel dipersembahkan di hadapan Raja Mswati III iaitu pemerintah Swaziland.
Upacara yang berlangsung sekitar akhir Ogos atau awal September setiap tahun itu adalah bertujuan untuk memberi penghormatan kepada ‘Queen Mother’ mengikut kepercayaan mereka.
Selain itu, majlis ritual itu dianjurkan dengan objektif lain adalah untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat Swaziland.
Namun, objektif terpenting puluhan ribu anak gadis masih suci berkenaan menari separuh bogel di padang yang luas adalah untuk menarik perhatian raja mereka.
Dalam erti kata sebenar, majlis itu sebenarnya menjadi medium untuk pemilihan isteri kepada Raja Mswati III.
Baginda akan melihat setiap seorang gadis yang membuat persembahan dan akan memilih sesiapa sahaja yang diminati baginda untuk dijadikan isteri.
Kini, Raja Mswati III dipercayai mempunyai lebih dari 14 isteri, dan jumlah itu tidak termasuk gundik-gundiknya.
Sikap beliau itu berbeza dengan peraturan yang ditetapkan beliau sendiri di negara berkenaan di mana seorang lelaki hanya dibenarkan mengahwini paling ramai dua orang wanita sahaja.
Mengikut rekod, Raja Mswati III adalah antara raja terakhir yang mengamalkan sistem pemerintahan monarki di Benua Afrika, mengamalkan cara hidup yang mewah, berpoligami walaupun undang-undang Swaziland menetapkan hanya dua isteri sahaja.
Selain itu, Swaziland merupakan antara negara termiskin di dunia akibat dari penyelewengan kewangan yang didakwa banyak pihak dilakukan oleh Raja Mswati III.
Neelofa Tuntut Anzalna Beri Penjelasan
PETALING JAYA – Pelakon Noor Neelofa Mohd. Noor memberi tempoh
seminggu kepada Nur Anzalna Md. Nasir untuk memberikan penjelasan
berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dilemparkan terhadapnya menerusi
laporan sebuah akhbar pada Ahad lalu.
Neelofa, 23, menyatakan, Anzalna, 24, dalam laporan akhbar itu telah menuduhnya memburuk-burukkan pelakon drama bersiri Indera Joned itu sewaktu mereka sama-sama bersaing dalam pertandingan Dewi Remaja 2010/2011 dua tahun lalu.
Dalam laporan itu, Anzalna antara lain mendakwa, Neelofa telah menghina keluarganya dengan perkataan tidak elok melalui laman sosial Facebook.
“Ingin saya tegaskan bahawa segala kenyataan dan tuduhan yang telah
dilemparkan oleh Anzalna dalam akhbar itu 100 peratus tidak benar dan
sudah tentu ia boleh menjejaskan kredibiliti saya sebagai seorang
pelakon.
“Jadi saya telah melantik dua orang peguam, Ahmad Hidayat Md. Noor dan Mohd. Irwan Mohd. Mubarak untuk mengendalikan kes ini dan satu notis tuntutan telah dihantar kepadanya,” kata Neelofa yang dikenali menerusi filem Azura 2012 pada sidang akhbar di sini semalam.
Neelofa, 23, menyatakan, Anzalna, 24, dalam laporan akhbar itu telah menuduhnya memburuk-burukkan pelakon drama bersiri Indera Joned itu sewaktu mereka sama-sama bersaing dalam pertandingan Dewi Remaja 2010/2011 dua tahun lalu.
Dalam laporan itu, Anzalna antara lain mendakwa, Neelofa telah menghina keluarganya dengan perkataan tidak elok melalui laman sosial Facebook.
“Jadi saya telah melantik dua orang peguam, Ahmad Hidayat Md. Noor dan Mohd. Irwan Mohd. Mubarak untuk mengendalikan kes ini dan satu notis tuntutan telah dihantar kepadanya,” kata Neelofa yang dikenali menerusi filem Azura 2012 pada sidang akhbar di sini semalam.
Friday, 8 June 2012
Memulia, menyayangi ibu bapa sepanjang masa
ISLAM mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim hingga kita dilahirkan begitu besar. Mereka bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik kita hingga dewasa.
Mereka juga sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran demi masa depan anak. Kepayahan dan pengorbanan ibu bapa mendidik dan membesar anak sekurang-kurangnya dalam tiga keadaan, ketika mengandung, saat melahirkan dan dari kecil sehingga dewasa.
Marilah kita merenung kembali wajah terindah ibu bapa kita, mungkin ada antara kita ibu bapanya telah pergi buat selama-lamanya dan mungkin ada yang masih lagi bersama. Cuba kita hayati wajah yang telah kedut ditelan usia, namun tetap tersimpul senyuman menggambarkan kasih sayang.
Menyayangi ibu bapa bukan sekadar ketika kedua-duanya masih hidup, tetapi berpanjangan ketika mereka berada di alam arwah atau alam kubur.
Ingatlah wahai muslimin sekalian bahawa kasih ibu bapa kepada anak berpanjangan sepanjang hayat, pengorbanan dan kudrat dicurah siang malam, hanya tahu memberi dan tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada anak.
Apa yang kita miliki hari ini, harta, pekerjaan, pangkat, kesenangan dan keluarga kita adalah hasil daripada pengorbanan mereka. Tanpa mereka kita tidak dapat melihat dunia ini dan tanpa nasihat dan pengorbanan mereka kita tidak akan memiliki semua ini.
Sehubungan itu, kita sebagai anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap mereka. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka.
Tidak dapat dinafikan kasih sayang seorang ibu mengatasi segala-galanya. Tidak hilang di hati seorang ibu perasaan rindu terhadap anaknya walaupun sesaat, kadang kala ibu tidak dapat menyuap makanan, melelapkan mata dan ada kala tergenang air mata kerana teringatkan anaknya.
Rebutlah kesempatan yang ada ketika hidup sebelum mereka pergi buat selama-lamanya. Hari ini, ada dalam kalangan anak yang sibuk dengan jawatan, mengejar kuasa dan pangkat tiada masa menziarahi ibu bapa walaupun kepulangannya sentiasa dinantikan penuh kerinduan. Ingatlah menziarahi ibu bapa satu tuntutan kepada seorang anak.
Anak akan lebih mengingati dan menyebut nama ibu. Jika kita ada masalah, kita luahkan kepada ibu, kita lebih suka berkongsi perasaan dengan ibu, jika sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Oleh itu, wajarlah Allah SWT memuliakan ibu sesuai dengan pengorbanannya.
Betapa besarnya pengorbanan ibu bapa, namun persoalannya kini, bagaimana pula pengorbanan anak untuk menghargai dan membalas balik jasa serta pengorbanan ibu yang tidak terhitung ini. Inilah persoalan perlu direnung kita semua sebagai anak, sudahkah menunaikan kewajipan terhadap ibu.
Imam Muslim meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud, beliau pernah bertanya Rasulullah SAW amalan paling utama. Baginda bersabda: Solat pada waktunya. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah.”
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga jenis manusia yang terkena laknat Allah SWT iaitu: seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian selepas isteri itu dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha supaya orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutannya.” (Hadis riwayat Ad Dailami)
Imam Bukhari meriwayatkan, Abdullah bin Amru bin al-‘As bertanya Rasulullah SAW mengenai dosa besar. Sabda Baginda: “Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya. Tanyanya lagi: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya? Jawab Nabi SAW: Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya.”
Ambillah iktibar dalam cerita si tanggang, seorang anak yang melupai ibunya dan durhaka selepas mendapat kedudukan yang tinggi akibatnya si anak itu diberi balasan oleh Allah SWT di dunia ini.
Menyayangi ibu bapa bukan sekadar ketika keduanya masih hidup, tetapi berpanjangan ketika mereka berada di alam arwah atau alam kubur. Roh orang mati tetap hidup di sisi Allah. Setiap hari amalan kita diangkat ke langit dan segala amalan itu dipertontonkan kepada roh ibu bapa kita.
Marilah bersama menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap ibu setiap masa. Memberi kasih sayang kepada mereka bukan sekadar memberi hadiah dan wang ringgit bahkan seluruh jiwa dan raga. Jangan biarkan mereka kesepian dengan linangan air mata yang sayu lagi pilu.
Budayakanlah amalan memuliakan dan menghormati ibu bapa di sepanjang kehidupan kita dan janganlah hanya dibuat pada masa tertentu saja. Ambillah kesempatan yang ada ini untuk menyayangi mereka.
Thursday, 7 June 2012
Hukum Cukur Rambut Dan Cukur Jambul Bayi
Mencukur rambut bayi adalah sesuatu yang disunatkan oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap bayi tergadai dengan akikahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2838]
Tujuan mencukur rambut adalah untuk membersihkan selaput kepalanya dan agar rambut yang baru lagi sihat dapat tumbuh. Oleh kerana itulah dalam riwayat yang lain, mencukur rambut juga disebut sebagai “bersihkan kotoran”, yakni hadis:“Bersama seorang anak satu akikah, maka tumpahkan untuknya darah (yakni sembelihan akikah) dan bersihkan kotorannya (yakni mencukur rambut).” [Shahih al-Bukhari, no: 5472, Fath al-Bari, jld. 27, ms. 24]
Mencukur rambut disunatkan ke atas bayi lelaki dan perempuan, dan sunat dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Malang sekali, ramai ibubapa masa kini yang menyayangi bayi mereka dengan cara yang salah, mereka menyayangi rambut bayi mereka sehingga membelakangkan anugerah pahala dan rahmat daripada Allah s.w.t.. Justeru mereka menggantikan suruhan mencukur rambut bayi yang sunat hukumnya kepada majlis cukur jambul.
Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam. Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.
Adapun melaksanakan majlis sempena cukur jambul, maka yang sepatutnya dilaksanakan ialah majlis akikah. Majlis akikah membuktikan kesyukuran kepada Allah atas bayi yang dianugerahkan-Nya, pengumuman kepada jiran-jiran akan kelahiran anak yang baru dan persediaan awal bahawa bayi itu akan dididik menjadi hamba yang berkorban untuk kebaikan agama dan umat. Majlis akikah dengan sendirinya adalah satu bentuk ibadah, maka ia tidak perlu diubah-suai dengan ibadah-ibadah lain seperti membaca surah Yasin, zikir-zikir, doa selamat dan sebagainya. Walaubagaimanapun majlis akikah hukumnya sunat, maka mana-mana ibubapa yang tidak mampu tidak dituntut melaksanakannya.
Tujuan mencukur rambut adalah untuk membersihkan selaput kepalanya dan agar rambut yang baru lagi sihat dapat tumbuh. Oleh kerana itulah dalam riwayat yang lain, mencukur rambut juga disebut sebagai “bersihkan kotoran”, yakni hadis:“Bersama seorang anak satu akikah, maka tumpahkan untuknya darah (yakni sembelihan akikah) dan bersihkan kotorannya (yakni mencukur rambut).” [Shahih al-Bukhari, no: 5472, Fath al-Bari, jld. 27, ms. 24]
Mencukur rambut disunatkan ke atas bayi lelaki dan perempuan, dan sunat dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Malang sekali, ramai ibubapa masa kini yang menyayangi bayi mereka dengan cara yang salah, mereka menyayangi rambut bayi mereka sehingga membelakangkan anugerah pahala dan rahmat daripada Allah s.w.t.. Justeru mereka menggantikan suruhan mencukur rambut bayi yang sunat hukumnya kepada majlis cukur jambul.
Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam. Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.
Adapun melaksanakan majlis sempena cukur jambul, maka yang sepatutnya dilaksanakan ialah majlis akikah. Majlis akikah membuktikan kesyukuran kepada Allah atas bayi yang dianugerahkan-Nya, pengumuman kepada jiran-jiran akan kelahiran anak yang baru dan persediaan awal bahawa bayi itu akan dididik menjadi hamba yang berkorban untuk kebaikan agama dan umat. Majlis akikah dengan sendirinya adalah satu bentuk ibadah, maka ia tidak perlu diubah-suai dengan ibadah-ibadah lain seperti membaca surah Yasin, zikir-zikir, doa selamat dan sebagainya. Walaubagaimanapun majlis akikah hukumnya sunat, maka mana-mana ibubapa yang tidak mampu tidak dituntut melaksanakannya.
Wajarkah Suami Temankan Isteri Bersalin ???
Wajarkah Suami Temankan Isteri Bersalin?
Assalamualaikum semua...
Zaman sekarang ini sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin,tapi sejauh manakah kewajaran situasi ini ?Apakah kebaikan yang boleh diperolehi dan di antaranya adalah:
1-Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak adalah saat yang paling mendebarkan malah suami juga.
Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri.Jadi sama-sama
dapat meredakan debaran antara sau sama lain.
2-Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung isteri walaupun
hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberikan kata-
kata peransang dan semangat.
3-Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tidak langsung akan dapat keinsafan di hati suami apabila melihat kesakitan yang
ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.
4-Lebih menyayangi dan menghargai steri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung
segala kesakitan , boleh memberikan keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan
menghargai isteri.Hargailah isterimu wahai sang suami ...
5-Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin,boleh membuatkan suami lebih menghargai keluarga bukan setakat
kepada isteri dan anak-anak saja malah kepada ibu yang melahirkan kita.Seperti mana
kesakitan yang ditanggung isteri begitu jugalah kesakitan ibu disaat melahirkan kita.
Bagaimana suami boleh membantu,jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran).Pada tahap ini isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap suami boleh membantu dengan cara...
-memegang tangan isteri untuk menenang dan menenteramkannya
-mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
-mengelap muka isteri apabila berpeluh
-membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta berikan air kepada isteri.
Jika kaum Adam sekalian yang telah bergelar suami adakah anda menemai isteri anda ketika
bersalin?Apakah perasaan anda?
Friday, 1 June 2012
Gambar Nora Danish seksi di Bali tersebar
Lagi penyebaran gambar yang mengaibkan pelakon comel Nora Danish. Gosip mengatakan gambar di atas ini merupakan Nora Danish bersama rakan-rakannye yang mabuk di sebuah kelab malam di Bali, Indonesia. Walaubagaimanapun, spekulasi ini hanyelah gosip semate kerana menurut sumber terdekat Nora Danish, gambar ini merupakan koleksi gambar yang diambil ketika dia bersama keluarga bekas suaminye. Pada ketike itu, kebetulan Nora Danish memakai seluar pendek ala amoi seolah-olah menunjukkannye hanye memakai seluar dalam.
Rozita Che Wan Nafi Jalin Hubungan Dengan Beego
KUALA LUMPUR, 31 MAY 2012: Nasib pelakon cantik jelita, Rozita Che Wan, 39, nampaknya tidak sudah-sudah dilanda kontroversi.
Selepas dikaitkan dengan Datuk K iaitu suami kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, nama pelakon berbulu mata tebal itu dikaitkan pula dengan selebriti muda bergetah, Zain Saidin dan terbaru seorang lagi perlakon Beego telah menjadi bualan kerana dikhabarkan menjalinkan hubungan dengannya.
Ditemui portal murai.com.my ketika majlis pertunjukan fesyen busana Aidilfitri rekaan Michael Shu di pusat beli-belah The Gardens, semalam, Rozita Che Wan ternyata amat terkejut dengan berita berkenaan dan menganggapnya sebagai gosip semata-mata.
"Kelakar pula saya dengan tentang cerita ini. Mungkin kerana saya masih solo, jadi orang dengan mudah mengaitkan saya dengan selebriti lelaki yang kebetulan juga solo.
"Ini adalah gosip paling baru yang saya dengar tentang diri saya, kerana hakikatnya saya sendiri tak pernah mengetahuinya.
" Kalau dulu saya dikaitkan dengan Shahir, kemudian Zain Saidin dan sekarang Beego pula. Orang di luar sana memang suka membuat kesimpulan," katanya yang agak terkejut.
Rozita Che Wan berkata, memang benar dia pernah berjumpa dengan Beego tetapi itu hanya ketika menjayakan lakonan menerusi drama Chef Cinta yang telah menjalani penggambaran pada April lalu.
Malah tambah Rozita Che Wan, dia dan Beego tidak pernah keluar bersama-sama di luar lokasi penggambaran seperti yang dikhabarkan, sebaliknya kerap keluar bersama krew produksi drama berkenaan.
"Mungkin kerana kami berlakon bersama. Jadi orang mula kaitkan kami berdua. Kalau keluar dengan Beego pun, kami akan keluar bersama-sama krew produksi secara beramai-ramai.
"Terus terang, saya memang tidak pernah menyimpan perasaan dengan Beego apatah lagi untuk bercinta dengannya kerana semua itu mustahil," katanya kecewa.
Ditanya mengenai tindakannya menaja Beego, pelakon Kiah Perkasam itu sekali lagi terkejut dengan khabar berkenaan kerana selama dia bergelar pelakon, segala pendapatan dan wang ringgit yang diterimanya hanyalah untuk menyara dua orang anak dan dirinya sahaja.
Tambahnya lagi, dia bukanlah jenis wanita yang sanggup mengorbankan wang ringgit kepada lelaki demi kerana cinta.
"Apa yang saya tahu, Beego adalah seorang lelaki yang peramah dan suka membuat sesiapa saja terhibur. Dia bukanlah jenis yang sombong kerana kalau boleh semua orang di dalam produksi itu mahu saja dihiburkannya.
"Memang saya senang dengan sikap ramahnya itu, tapi terus terang dia bukanlah citarasa saya. Mungkin bagi wanita lain akan tertarik, tetapi tidak buat saya," katanya.
Bercerita mengenai jalinan hubungannya dengan Zain Saidin, Rozita Che Wan bagaimanapun mengakui bahawa mereka berdua cukup rapat sehingga menggelarkan pelakon Oh! My English itu sebagai teman baiknya atau BFF.
"Zain Saidin adalah BFF saya. Dengan dia, saya boleh cerita apa saja. Begitu juga sebaliknya. Apatah lagi saya memang susah untuk rapat dengan kawan perempuan, jadi Zain adalah tempat kami berkongsi segala masalah.
"Dia juga agak rapat dengan anak-anak saya dan itulah yang membuatkan saya cukup selesa dengannya. Tapi untuk bercinta atau menyimpan perasaan untuk berkahwin dengannnya. Itu adalah mustahil," kata duta produk kecantikan Safi Rania itu.
Diana Danielle Terima Cincin Farid Kamil
KUALA LUMPUR, 31 MEI 2012: Pelakon Diana Danielle akui cincin mas putih bertahtakan sebutir berlian yang disarung ke jari manisnya, merupakan pemberian daripada sang kekasih hatinya, Farid Kamil.
Namun, Diana Danielle menafikan cincin itu merupakan tanda dia sudah mengikat tali pertunangan atau merisik.
Sebaliknya ia hanyalah hadiah hari ulang tahun hubungan percintaan mereka.
"Ini hanyalah cincin yang diberikan oleh Farid Kamil ketika kami sambut hari ulang tahun percintaan yang kali ketiga kami pada awal tahun ini.
"Jangan salah anggap dengan pemberian cincin ini, ia hanyalah hadiah manja-manja sahaja," katanya yang mengelak untuk mengulas lanjut.
Pelakon Magika itu diminta mengulas selepas dia dilihat mengenakan cincin tersebut ketika majlis tayangan perdana filem yang dibintanginya iaitu Jiwa Taiko yang berlangsung di e@Curve, malam semalam.
Dalam pada itu, Diana Danielle yang ditemani oleh Farid ketika tayangan perdana tersebut berkata, hubungan mereka sedang dalam proses untuk melangkah ke alam perkahwinan.
"Kami memang merancang hendak berkahwin tetapi belum dapat pastikan sama ada tahun ini atau tahun hadapan kerana saya tidak mahu menjanjikan apa-apa.
"Takut nanti lain jadinya dan kita juga tidak tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang.
"Apa yang boleh saya beritahu, bila semua benda sudah selesai dan kami sudah setuju untuk memberitahunya, saya akan umumkannya juga," luahnya lagi.
Membawa bersama Farid Kamil ke tayangan perdana tersebut, Diana Danielle berkata Farid Kamil seorang yang sangat menyokong kerjaya lakonannya.
Malah, apabila ditanya adakah Farid Kamil tidak cemburu dengan adengan romantiknya yang berpelukan dan berciuman bersama Remy Ishak di dalam filem tersebut, Diana Danielle menjawab dia bersyukur kerana Farid memahami.
"Tiada masalah kerana dia sangat memahami dan dia juga tahu apa yang dilihat itu hanya adalah camera trick sahaja.
"Malah dia pun sebelum ini pernah bekerja dengan pengarah yang sama iaitu Osman Ali. Jadi rasanya tiada masalah," ulasnya.
Selain Diana, Jiwa Taiko turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Fizz Fairuz, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Bront Paralae dan ramai lagi.
Filem terbitan Nuansa Sdn Bhd yang mendapat kerjasama edaran Metrowelath Sdn Bdh (MIG) itu bakal menjengah pawagam seluruh Malaysia mulai 14 Jun ini.
Penonton Sudah Bosan Dengan Shaheizy Sam?
KUALA LUMPUR, 1 Jun 2012: Pelakon , Shaheizy Sam akui dirinya belum sampai ke tahap selebriti yang mempunyai nilai eksklusif walaupun sudah memenangi anugerah Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010).
Malah dia sendiri akui belum tiba masanya untuk bersikap selektif dalam watak dalam filem yang ditawarkan kerana bidang lakonan adalah kerjaya sepenuh masanya buat masa ini.
"Mengapa saya perlu selektif, padahal lakonan merupakan pendapatn utama saya setakat ini.
"Selagi saya boleh diterima dan ditawarkan untuk berlakon saya dengan berbesar hati dan berysukur untuk menerimanya sebagai rezeki untuk menyara hidup saya.
"Dulu saya pernah cuba selektif tetapi malangnya pemilihan saya itu tidak sampai atau sama seperti apa yang saya harapkan.
"Jadi bagaimana pula saya hendak memilih?" katanya yang ditemui selepas tayangan perdana Aku Ada, Kau Ada, baru-baru ini.
Shaheizy Sam yang juga pelakon di bawah naugan Metrowealth (MIG) berkata, kebelakangan ini dia banyak menjadi tunjang utama filem seperti Adnan Sempit, Bini-Biniku Gangster, Nangankung, Sekali Lagi dan terbaru SAM (Saya Amat Mencintaimu).
Bukan tidak mahu bersikap selektif, tetapi menurut Sam, dia akan benar bersedia menjadi eksklusif jika dia benar-benar cukup berpengalaman untuk memegang gelaran pengarah produser atau penerbit.
"Jika saya ada pendapatan untuk bidang lain seperti menerbit dengan cukup kukuh, baru saya rasa ketika itu saya akan bersikap selektif," luahnya.
Justeru sikap Sam yang tidak selektif dalam watak dan filem membuatkan wajahnya kerap menghiasi filem-filem yang ditayangkan di pawagam.
"Buat masa sekarang saya terpaksa terima sahaja apa yang ditawarkan kepada saya walaupun saya tahu penonton seperti sudah mula bosan dengan penampilan saya yang agak kerap," luahnya lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)