Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 1 June 2012

Rozita Che Wan Nafi Jalin Hubungan Dengan Beego

KUALA LUMPUR, 31 MAY 2012: Nasib pelakon cantik jelita, Rozita Che Wan, 39, nampaknya tidak sudah-sudah dilanda kontroversi. Selepas dikaitkan dengan Datuk K iaitu suami kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, nama pelakon berbulu mata tebal itu dikaitkan pula dengan selebriti muda bergetah, Zain Saidin dan terbaru seorang lagi perlakon Beego telah menjadi bualan kerana dikhabarkan menjalinkan hubungan dengannya. Ditemui portal murai.com.my ketika majlis pertunjukan fesyen busana Aidilfitri rekaan Michael Shu di pusat beli-belah The Gardens, semalam, Rozita Che Wan ternyata amat terkejut dengan berita berkenaan dan menganggapnya sebagai gosip semata-mata. "Kelakar pula saya dengan tentang cerita ini. Mungkin kerana saya masih solo, jadi orang dengan mudah mengaitkan saya dengan selebriti lelaki yang kebetulan juga solo. "Ini adalah gosip paling baru yang saya dengar tentang diri saya, kerana hakikatnya saya sendiri tak pernah mengetahuinya. " Kalau dulu saya dikaitkan dengan Shahir, kemudian Zain Saidin dan sekarang Beego pula. Orang di luar sana memang suka membuat kesimpulan," katanya yang agak terkejut. Rozita Che Wan berkata, memang benar dia pernah berjumpa dengan Beego tetapi itu hanya ketika menjayakan lakonan menerusi drama Chef Cinta yang telah menjalani penggambaran pada April lalu. Malah tambah Rozita Che Wan, dia dan Beego tidak pernah keluar bersama-sama di luar lokasi penggambaran seperti yang dikhabarkan, sebaliknya kerap keluar bersama krew produksi drama berkenaan. "Mungkin kerana kami berlakon bersama. Jadi orang mula kaitkan kami berdua. Kalau keluar dengan Beego pun, kami akan keluar bersama-sama krew produksi secara beramai-ramai. "Terus terang, saya memang tidak pernah menyimpan perasaan dengan Beego apatah lagi untuk bercinta dengannya kerana semua itu mustahil," katanya kecewa. Ditanya mengenai tindakannya menaja Beego, pelakon Kiah Perkasam itu sekali lagi terkejut dengan khabar berkenaan kerana selama dia bergelar pelakon, segala pendapatan dan wang ringgit yang diterimanya hanyalah untuk menyara dua orang anak dan dirinya sahaja. Tambahnya lagi, dia bukanlah jenis wanita yang sanggup mengorbankan wang ringgit kepada lelaki demi kerana cinta. "Apa yang saya tahu, Beego adalah seorang lelaki yang peramah dan suka membuat sesiapa saja terhibur. Dia bukanlah jenis yang sombong kerana kalau boleh semua orang di dalam produksi itu mahu saja dihiburkannya. "Memang saya senang dengan sikap ramahnya itu, tapi terus terang dia bukanlah citarasa saya. Mungkin bagi wanita lain akan tertarik, tetapi tidak buat saya," katanya. Bercerita mengenai jalinan hubungannya dengan Zain Saidin, Rozita Che Wan bagaimanapun mengakui bahawa mereka berdua cukup rapat sehingga menggelarkan pelakon Oh! My English itu sebagai teman baiknya atau BFF. "Zain Saidin adalah BFF saya. Dengan dia, saya boleh cerita apa saja. Begitu juga sebaliknya. Apatah lagi saya memang susah untuk rapat dengan kawan perempuan, jadi Zain adalah tempat kami berkongsi segala masalah. "Dia juga agak rapat dengan anak-anak saya dan itulah yang membuatkan saya cukup selesa dengannya. Tapi untuk bercinta atau menyimpan perasaan untuk berkahwin dengannnya. Itu adalah mustahil," kata duta produk kecantikan Safi Rania itu.

0 comments:

Post a Comment